NUR RIDHWAN BIN ZULKIPLI (Sport Management Science Student, University of Malaya) A RISING STAR OF SARAWAK Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca. Saya, Nur Ridhwan Bin Zulkipli, pelajar tahun ketiga di Universiti Malaya, berasa amat gembira dan turut teruja kerana diberi peluang untuk berkongsi serba sedikit pengalaman dan kejayaan rakan karib saya dalam sukan yang beliau ceburi. Muhd Shafiq Abdullah, 23, yang juga merupakan seorang pelajar tahun ketiga di Univesiti Sains Malaysia, bukan sahaja berprestasi tinggi dalam sukan, namun merupakan pelajar cemerlang di Tingkatan 6. Berasal dari Kalimantan, menetap di Sarawak beberapa tahun dan menimba ilmu di sana bersama keluarga tersayang. Beliau telah berkecimpung dalam sukan gusti lengan daripada umurnya 13 tahun sehinggalah sekarang. Dari awalnya, beliau berkecimpung dalam sukan bina badan kalistenik, berlatih sendiri tanpa ada seorang pun jurulatih. Dengan semangat dan motivasi yang turut dibekalkan oleh ...